fbpx

Hetty Koes Endang selamat timang cucu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hetty dan cucu lelakinya, Arlo Astrodistira Arsanda.

PETALING JAYA – Penyanyi legenda Indonesia, Hetty Koes Endang berkongsi khabar gembira selepas bergelar nenek apabila anak perempuannya, Afifah Qomariah Yusuf selamat melahirkan cahaya mata semalam.

Berita gembira itu dimaklumkan sendiri oleh Hetty menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya.

“Alhamdulillah. Telah lahir ke dunia cucu bonda dari Afifah Yusuf pada 11 Ogos 2021 dengan berat 3.11 kilogram.

“Selamat sekali lagi untuk kedua ayah dan ibu. Ibu yang kuat, sihat, semua mendoakanmu anak. Saya berasa bahagia melihat bayinya sihat,” tulisnya.

Dalam hantaran itu, Hetty turut berkongsi foto cucu lelakinya itu yang diberi nama Arlo Astrodistira Arsanda.

Meninjau ruangan komen, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza juga tidak ketinggalan meninggalkan komen mengucapkan tahniah atas kehadiran cucu sebagai penyeri hidup penyanyi yang popular menerusi lagu Kasih itu.

“Alhamdulillah. Tahniah ibu sudah menjadi nenek,” tulis Siti.

Terdahulu, Afifah dan suaminya, Faldo Arsa Da Aziz telah mengikat tali pertunangan pada Jun 2020 sebelum berkahwin pada 21 November 2020 di Jakarta dengan mengikut protokol kesihatan yang ditetapkan kerajaan ekoran pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI