fbpx

Ferrari perkenal pakej baharu enjin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FERRARI berjaya mempamerkan peningkatan prestasi musim ini dan bersedia memperkenalkan pakej baharu unit kuasa untuk pusingan kedua saingan musim ini. – AFP

MARANELLO – Ketua pasukan Formula Satu (F1) Ferrari, Mattia Binotto mendedahkan pasukan itu sedia menaik taraf unit kuasa jentera pada pusingan kedua bagi saingan musim ini.

Pada ketika ini, pasukan dari Itali itu berada pada kedudukan ketiga dalam senarai kejuaraan kategori pengeluar, berkongsi 163 mata dengan pasukan keempat, McLaren.

Selepas menampilkan prestasi terburuk dalam tempoh 40 tahun pada musim lalu, Ferrari menunjukkan peningkatan mendadak kali ini dari segi casis dan unit kuasa.

“Kami akan menaik taraf unit kuasa jentera. Bagi menjelaskan peraturan musim 2021, setiap pasukan boleh menggunakan unit kuasa baharu. Ini bermakna kami juga boleh naik taraf komponen-komponen jentera.

“Sebenarnya, unit kuasa kami belum siap sepenuhnya pada awal musim dan kebanyakannya menggunakan komponen tahun lepas, jadi Ferrari akan naik taraf enjin dengan bayangan ke arah 2022,” kata Binotto.

Dalam pada itu, beliau juga percaya sasaran untuk menamatkan saingan musim ini dalam kelompok tiga teratas adalah relevan kerana pasukan tersebut masih dalam fasa pembangunan.

“Tempat ketiga adalah sasaran yang positif dan kami mampu lakukannya kerana pasukan sudah semakin meningkat. Kami mungkin berdepan risiko didenda jika teruskan program naik taraf ini,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI