fbpx

Enam ibu hamil maut sebulan akibat Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUNTIKAN vaksin amat penting terutama bagi ibu mengandung untuk melindungi diri dan kandungan mereka daripada bahaya jangkitan Covid-19. – GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Seramai enam ibu mengandung yang mengalami jangkitan Covid-19 kategori 4 dan 5, maut setiap bulan ketika menerima rawatan di hospital kerajaan sekitar Lembah Klang sejak Jun lalu.

Sumber petugas kesihatan sebuah hospital kerajaan yang me­rawat pesakit Covid-19 berkata, kira-kira 10 peratus katil di unit rawatan rapi (ICU) di hospital kerajaan kini digunakan untuk merawat ibu mengandung positif virus itu.

“Bagaimanapun, saya tidak pasti sama ada kebanyakan bayi dalam kandungan mereka terselamat. Ramai doktor dan jururawat sedang tertekan melihat keadaan pandemik ini. Staf saya yang mengandung juga ada yang positif.

“Saya difahamkan sehari antara 200 sehingga 300 ibu me­ngandung kategori 1 dan 2 mendaftar di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) MAEPS,” katanya ketika dihubu­ngi Kosmo! semalam.

Sumber itu berkata, doktor dan jururawat bertambah tertekan apabila mendapati setiap hari ratusan pesakit Covid-19 dilapor meninggal dunia sehingga pernah mencecah lebih 300 kematian beberapa hari lalu.

Justeru, katanya, setiap orang terutama ibu mengandung perlu memahami betapa penting vaksinasi bagi melindungi diri dan kandungan mereka.

Menurut beliau, ahli keluarga ibu hamil juga perlu mendapatkan vaksin bagi membantu mereka melindungi ibu mengandung serta diri mereka sendiri.

Presiden Persatuan Aneste­siologi Malaysia (MSA), Prof. Dr. Ina Ismiarti Shariffuddin pula berkata, ramai ibu mengandung tidak mengambil suntikan vaksin sebelum ini kerana bimbang tentang kesan sampingan terhadap kandungan mereka.

Beliau yang juga Pakar Anestesiologi dari Fakulti Perubatan Universiti Malaya berkata, kea­daan itu menyebabkan ibu hamil terbabit berisiko mengalami jangkitan Covid-19 dan berada di dalam kategori 4 dan 5.

Jelas beliau, tahap imuniti ibu hamil adalah lebih rendah berbanding orang lain, maka lebih mudah mereka mengalami kesan teruk apabila dijangkiti terutama varian baharu seperti Delta.

“Jika masih ingat pemberian vaksin telah bermula pada Februari lalu dan ketika itu masih ramai bimbang tentang kesan sampingan. Selepas pertengahan tahun baru ramai mula yakin.

“Ketika usia kandu­ngan telah masuk 7 atau 8 bulan ia lebih be­risiko risiko untuk dijangkiti Co­vid-19 kategori 4 dan 5,” katanya.

Kata beliau, berdasarkan saranan perubatan waktu yang sesuai untuk ibu mengandung mengambil vaksin adalah pada minggu ke-14 hingga ke-33, namun masih boleh mengambilnya walau selepas minggu ke-33. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI