fbpx

Eksport getah melonjak 150 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Industri getah negara meneruskan prestasi cemerlang tahun ini apabila merekodkan eksport berjumlah RM44.43 bilion untuk enam bulan pertama 2021, pertumbuhan 150 peratus berbanding RM17.77 bilion sepanjang tempoh sama tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif ­Majlis Getah Malaysia (MRC), Nurul Islam Mohamed Yusoff berkata, produk hiliran yang mewakili 89.7 peratus daripada keseluruhan eksport industri merekodkan pertumbuhan 180.2 peratus.

Menurutnya, ia dipacu oleh prestasi kukuh barangan lateks dan produk sarung tangan.

Produk sarung tangan kekal menjadi penyumbang eksport terbesar dengan subsektor sarung tangan, sebahagian besar daripadanya adalah sarung tangan perubatan berkembang melebihi tiga kali ganda atau sebanyak 210.2 peratus kepada RM36.54 bilion pada separuh tahun pertama 2021.

Tambahnya, permintaan untuk sarung tangan getah diunjurkan kekal kukuh ketika dunia terus diancam virus Covid-19 dengan kewujudan varian baharu.

“Kami menganggarkan, permintaan sarung tangan getah global dari segi jumlah akan mengekalkan pertumbuhan dua digit sebanyak 12 peratus hingga 15 peratus tahun ini.

“Penggunaan sarung tangan getah per kapita global dijangka meningkat pada 2021 disebabkan oleh penggunaan lebih tinggi di pasaran eksport utama negara seperti Amerika Syarikat dan Eropah, selain di pasaran negara memba­ngun terutamanya di rantau Asia.

“Industri sarung tangan getah negara akan mengekalkan momentum positif dan eksport dijangka mencapai rekod baharu tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, sektor produk getah kering juga mencatat pertumbuhan luar biasa sebanyak 38.2 peratus kepada RM2.41 bi­lion, berbanding RM1.75 bilion pada separuh pertama 2020.

Sektor produk getah kering merangkumi tayar, barang getah industri, barang getah am dan kasut.

“Tayar adalah eksport terbesar dalam produk getah kering meningkat kepada RM840 juta, sementara eksport barangan getah industri yang merangkumi produk untuk automotif, perlombongan dan pembinaan bertambah kepada RM610 juta,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI