fbpx

Bubar dewan jika ada mahu jatuhkan kerajaan – Sultan Ibrahim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Ibrahim memberi amaran bahawa baginda akan membubarkan Dewan Negeri Johor sekiranya ada keadaan untuk menjatuhkan kerajaan sekarang. - Foto KREDIT ROYAL PRESS OFFICE

ISKANDAR PUTERI – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah akan membubarkan Dewan Negeri Johor sekiranya ada wakil rakyat atau ahli dewan yang berusaha menjatuhkan kerajaan sedia ada.

Sultan Ibrahim menzahirkan nasihat supaya semua ahli dewan menggunakan sesi persidangan kali ini untuk berbincang dan menyusun pelan tindakan untuk menolong rakyat selain membangunkan semula ekonomi negeri Johor.

“Ahli-ahli Dewan tidak perlu berbahas atau membawa usul yang tidak berkenaan. Awak semua jangan pentingkan diri sendiri, rakyat di luar sana tengah susah, ada yang kelaparan, ada yang hilang pekerjaan, ada juga yang sedang bertarung nyawa akbibat wabak Covid-19.

“Ini bukan masanya untuk berbalah, tetapi ini adalah masa untuk bersatu dan kerjasama, jangan tanya kepada orang lain apa yang telah dibuat untuk membantu rakyat, tetapi lihatlah cermin muka sendiri.

“Jangan cemarkan dewan saya ini dengan perangai buruk, ini dewan yang mulia bukannya dewan sangkar beruk,”titah baginda.

Sultan Johor bertitah demikian ketika merasmikan Pembukaan Penggal Persidangan Keempat, Dewan Negeri Johor ke-14 di Kota Iskandar, Iskandar Puteri, Johor hari ini.

Sultan Ibrahim turut memberi pesanan kepada Speaker Dewan supaya menajalankan tugas dan kerja dengan baik.

Baginda bertitah, jika berlaku keadaan yang menjatuhkan kerajaan sedia ada, baginda tidak teragak-agak untuk membubarkan Dewan Negeri Johor.

“Saya rasa tidak perlu ada wakil rakyat jika masing-masing hanya fikirkan tentang kedudukan sendiri dan bukannya kepentingan rakyat.

“Apabila wabak Covid telah terkawal, saya akan serahkan kepada rakyat untuk memilih Ahli Dewan yang baharu, selepas ini pilih betul-betul pemimpin yang jujur serta ikhlas mahu berkhidmat untuk rakyat,” titahnya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI