PETALING JAYA- Setia hingga hujung nyawa, itu mungkin antara perkataan yang sesuai digambarkan buat seekor anjing apabila binatang itu dilihat seakan sedih apabila tuannya disahkan positif Covid-19.
Lebih menyentuh hati, perwatakan anjing itu juga seolah-olah tidak merelakan apabila tuannya dibawa oleh petugas kesihatan untuk menaiki ambulans bagi dibawa ke hospital.
Hubungan akrab antara manusia dan binatang itu diterjemahkan menerusi satu paparan video yang tular di laman sosial TikTok hari ini selain mendapat lebih 40,000 tanda suka.
Menerusi video itu, anjing tersebut dilihat seakan-akan tidak merelakan tuannya pergi apabila ia berterusan berada bersama tuannya yang sedang diusung masuk ke dalam ambulans.
Anjing terbabit juga turut dilihat memanjat badan petugas perubatan seperti meminta mereka untuk tidak membawa tuannya ke tempat lain.
Sementara itu, rata-rata pengguna media sosial melahirkan rasa sebak dan terharu tatkala melihat keistimewaan hubungan yang ditonjolkan mereka berdua.
“Harap ada yang bagi anjing itu makan apabila tuannya di hospital, semoga cepat sembuh,” kata Not Anyone.
“Antara binatang paling setia, yang tidak boleh disangkal kesetiaan adalah anjing, percayalah,” kongsi Zarikh Sofea.
“Kenapa aku menangis ini, mudah sentap kebelakangan ini,” luah Cokelat_kelat pula.
“Sedih tengok, mesti anjing itu tunggu tuannya balik,” kata Cahya Qaseh. -K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929