fbpx

Abang Siti Sarah dipindahkan ke ICU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Firdous dimasukkan ke ICU Hospital Serdang, Selangor, semalam.

PETALING JAYA – Belum hilang sayu di hati, pelawak dan juga usahawa Shuib sekali lagi dihimpit kebimbangan selepas abang iparnya yang abang kepada Allahyarham Siti Sarah, Ahmad Firdous Raissuddin dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Serdang, Selangor, semalam.

Perkara itu dikongsi sendiri Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 37, menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya dengan meminta orang ramai mendoakan kesembuhan abang iparnya.

“Allah Maha Besar, Allah Maha Kuasa. Abang ipar saya iaitu abang kepada arwah (isteri) dimasukkan ke ICU. Saya mohon mendokan Ahmad Firdous Raisuddin semoga diberi kesembuhan segera,” katanya.

Kosmo! semalam melaporkan bahawa Ahmad Firdous telah dimasukkan ke Hospital Serdang, Selangor selepas turut dijangkiti Covid-19.

Lebih membuatkan Shuib bersedih apabila tahap oksigen abang iparnya semakin menurun namun berada dalam keadaan stabil.

“Saya sebenarnya sudah fobia dengan Covid-19 selepas apa yang terjadi (reda). Jadi saya menasihatkan abang ipar saya supaya segera untuk mendapatkan rawatan.

“Kalau ikutkan sudah lapan hari abang ipar saya dikuarantin. Oksigen juga semakin menurun. Tapi syukur dia masih lagi dalam keadaan stabil,” katanya.

Dalam pada itu, Shuib turut menasihati orang ramai supaya tidak ambil mudah soal penjagaan kesihatan diri ekoran situasi pandemik Covid-19 yang masih ‘gila’ melanda dunia pada hari ini.

Ujarnya, orang ramai perlu sedar untuk menjaga kesihatan dengan menjalani pemeriksaan diri dan tahu apa yang diperlukan (diambil) seperti makanan tambahan dan vitamin.

“Kita kena periksa diri kita apa yang diperlukan. Vitamin yang perlu diambil dan bagaimana hendak menjaga sistem imunisasi badan sendiri,” jelasnya – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI