fbpx

318 kes kematian hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kes kematian Covid-19 hari ini melepasi angka 300 dengan 318 kes, menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 11,691 kes.

Kematian tertinggi dicatatkan pada 8 Ogos lalu dengan sebanyak 360 kes direkodkan.

Kementerian Kesihatan menerusi Facebook memaklumkan, kes baharu pula merekodkan sebanyak 21,668 kes termasuk 58 kes import, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 1,342,215 kes.

“Terdapat 237,021 kes aktif dengan 1,059 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 543 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Kes sembuh mencatatkan sebanyak 17,687 kes, menjadikan jumlah kes sembuh sebanyak 1,093,503 kes,” katanya di sini hari ini. -K!ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI