fbpx

1,605 PPV pengamal perubatan swasta aktif bawah PICK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Hisham (kanan) melihat proses pemberian vaksin di sebuah PPVGP di Cyberjaya hari ini.

PUTRAJAYA – Sebanyak 1,605 Pusat Pemberian Vaksin Pengamal Perubatan Swasta (PPVGP) yang aktif di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) setakat 8 Ogos lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kumulatif pemberian vaksin dikendalikan PPVGP itu setakat ini adalah sebanyak 762,419 dos.

“Kementerian Kesihatan amat menghargai bantuan pengamal perubatan swasta di dalam Fasa 2 dan 3 PICK di seluruh negara,” katanya dalam kenyataan di Facebook beliau hari ini.

Terdahulu, Noor Hisham berkesempatan melawat dua buah PPVGP di Cyberjaya dan Sepang yang masing-masing memberikan sebanyak 90 hingga 150 dos vaksin seminggu.

Menurut Noor Hisham, skop perkhidmatan yang diberikan melalui PPVGP termasuklah prapenilaian penerima vaksin, kaunseling dan pengambilan persetujuan penerimaan vaksin, mengendalikan vaksinasi dan pemantauan selepas vaksinasi.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan mengalu-alukan penglibatan GP menerusi PICK dalam membantu negara mencapai perlindungan kepada semua rakyat Malaysia dengan memvaksin seramai penduduk yang layak.

“Pendaftaran GP sebagai PPVGP berlangsung sepanjang pelaksanaan PICK,” katanya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI