fbpx

Yang Dipertua Dewan Rakyat nafi maklum PM hilang majoriti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azhar Azizan

PETALING JAYA – Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun tidak pernah mengeluarkan surat menyatakan bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah hilang majoriti.

Azhar berkata, berita berhubung perkara itu seperti disiarkan oleh sebuah portal berita hari ini adalah palsu.

“Saya menafikan laporan berita tersebut dan ingin menyatakan bahawa saya tidak pernah keluarkan apa-apa surat kepada Perdana Menteri seperti yang dilaporkan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Terdahulu Azhar berkata, sebuah portal melaporkan berita bertajuk Perdana Menteri Terima Surat Speaker Maklum Tiada Majoriti, Mahu Bubar Parlimen.

Dalam berita itu, Yang Dipertua Dewan Rakyat dilaporkan memaklumkan Perdana Menteri kerajaan pimpinannya sudah tiada majoriti.- K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI