fbpx

Wanita dakwa dirogol kenalan ADUN failkan saman sivil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peguam, Asheeq Ali Sethi Alivi bersama anak guamnya ketika sidang akhbar di hadapan IPK KL di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Seorang wanita yang mendakwa dirogol dua kenalan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) akan memfailkan saman sivil terhadap semua yang terlibat dalam insiden tersebut.

Peguam, Asheeq Ali Sethi Alivi yang mewakili mangsa berkata, pihaknya akan memfailkan saman sivil membabitkan semua individu yang terlibat dalam kejadian tersebut.

“Saya menerima arahan daripada anak guam untuk memfailkan saman sivil melibatkan semua yang terlibat dalam insiden tersebut.

“Surat tuntutan pertama akan dikeluarkan minggu hadapan kepada semua yang terlibat dan selepas itu kita akan terus dengan tindakan sivil di mahkamah,” katanya ketika sidang akhbar di hadapan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Mengulas lanjut, pihaknya juga akan memfailkan tindakan saman sivil ke atas polis sekiranya gagal memberi maklumat perkembangan kes dalam tempoh tujuh hari bermula hari ini.

“Anak guam saya bukan sahaja tidak mendapat pengadilan malah polis tidak memaklumkan perkembangan kes rogol yang berlaku pada 5 Oktober lalu.

“Disebabkan itu, saya mewakili anak guam akan memfailkan saman sivil di mahkamah sekiranya polis gagal memberi maklum balas dalam masa tujuh hari,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Azmi Abu Kassim ketika dihubungi Kosmo! mengesahkan mereka sedang menyiasat kes itu di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Kosmo! Online pada 1 Mei lalu melaporkan, penyebaran satu rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan tindakan seorang lelaki yang didakwa mirip ahli politik memapah seorang wanita dipercayai untuk memasuki bilik hotel menerima kecaman daripada netizen.

Rakaman berdurasi enam saat itu didakwa melibatkan ahli politik yang sebelum ini telah dibuang daripada sebuah parti politik pembangkang. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI