fbpx

UiTM bantu majukan wilayah Ketengah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Ahmad Nadzri (kanan) menunjukkan dokumen MoU berhubung kerjasama Ketengah dan UiTM Terengganu yang dilaksanakan secara online di Dungun hari ini.

DUNGUN – Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) menjalin kerjasama strategik dengan bersama Universiti Teknologi Mara (UiTM) Terengganu untuk membangunkan wilayah Ketengah yang terletak di pedalaman Kemaman, Dungun dan Hulu Terengganu.

Pengerusi Ketengah, Datuk Razali Idris berkata, kerjasama tersebut memberi fokus terhadap pembangunan sosioekonomi, pendidikan, kemahiran dan industri pelancongan di Wilayah Ketengah.

“Pembangunan sektor pelancongan Ketengah menjadi fokus utama dalam kerjasama ini.

“Wilayah Ketengah mempunyai banyak produk pelancongan berpotensi untuk dimajukan menerusi penglibatan UiTM dengan masyarakat setempat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu beliau menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) berhubung kerjasama tersebut yang dijalankan secara online. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI