fbpx

Tiada suntikan secara ‘walk in’ kepada warga asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan warga asing gagal mematuhi SOP ketika berpusu-pusu untuk mendapatkan vaksin di ibu negara, hari ini.

PETALING JAYA – Kekecohan dan tindakan warga asing berkumpul beramai-ramai di Rumah Prihatin @ Grand Season hari ini untuk mendapatkan suntikan vaksin berlaku disebabkan kerana salah faham.

Rumah Prihatin dalam satu kenyataan berkata, pihaknya tidak menyediakan perkhidmatan daftar terus (walk-in) vaksin untuk bukan warganegara kerana ia telah dilaksanakan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bukit Jalil.

Susulan itu katanya, berlaku ‘rush crowd’ luar biasa di luar jangkaan pihak pengurusan dan penguat kuasa.

“Di peringkat awal, pihak Rumah Prihatin mengambil tindakan bersama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi menyuraikan keadaan.

“Namun warga asing tersebut tetap tidak mahu bersurai, walaupun telah diberikan arahan dan amaran. Keadaan kembali diperbetulkan dengan bantuan PDRM dan DBKL,” katanya hari ini.

Menurutnya lagi, program vaksinasi berkenaan diuruskan oleh Rumah Prihatin di bawah Program Vaksinasi MyMedik@Wilayah dan tidak melibatkan mana-mana pihak lain.

Justeru, pihaknya kesal dengan apa yang terjadi dan akan meningkatkan lagi pematuhan prosedur operasi standard (SOP), dengan bantuan pihak berkuasa bagi memastikan kejadian ini tidak berulang lagi.

Terdahulu, Kosmo! Online hari ini melaporkan tentang penularan satu video memaparkan ratusan warga asing berpusu-pusu untuk mendapatkan suntikan vaksin secara ‘walk in’ di ibu negara dan didakwa gagal mematuhi SOP ditetapkan.

Lebih menakutkan, kumpulan warga asing itu bukan sahaja dilihat gagal menjaga penjarakan sosial ditetapkan, malah ada di antara mereka dilihat seakan-akan ‘berpeluk’ berikutan berada terlalu dekat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI