fbpx

Tiada caj urus jenazah pesakit Covid-19 di Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

IPOH – Tiada caj pengurusan jenazah pesakit Covid-19 dikenakan pihak hospital kerajaan di Perak seperti yang dilaporkan di beberapa negeri lain.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains dan Teknologi Hijau negeri, Mohd. Akmal Kamarudin berkata, pengurusan jenazah bagi umat Islam diuruskan oleh Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) manakala bagi yang bukan beragama Islam pula diuruskan oleh pihak konsortium.

“Selepas keluar hospital kita tidak tahu sama ada waris ada mengambil van daripada mana-mana syarikat. Di Perak, hospital memang tidak mengenakan sebarang bayaran untuk menguruskan jenazah pesakit Covid-19,” katanya.

Sebelum ini, terdapat laporan bayaran pengurusan jenazah sebahagian pesakit Covid-19 di beberapa negeri yang disifatkan melampau antara RM700 hingga RM1,800. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI