IPOH – Prosedur Operasi Standard (SOP) solat fardu dan Jumaat di masjid dan surau di seluruh Perak kekal seperti biasa termasuk bagi jemaah yang telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19.
Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Mohd. Yusop Husin berkata, garis panduan yang dilaksanakan kini sama seperti SOP yang ditetapkan bagi negeri-negeri Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Katanya, semua jemaah dinasihatkan agar mematuhi SOP yang ditetapkan ketika menunaikan ibadah tersebut.
“SOP solat di masjid dan surau kekal seperti sekarang walaupun ada dalam kalangan jemaah yang telah lengkap dua dos vaksin.
“Jemaah perlu mematuhi SOP khususnya memakai pelitup muka, membawa sejadah dan penjarakan sosial,” katanya di sini hari ini.
Mohd. Yusof berkata, masjid dan surau juga diingatkan agar terus mengadakan solat hajat dan bacaan yasin serta doa tolak bala agar pandemik yang melanda seluruh negara segera berakhir. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929