fbpx

Sindiket jual darjah kebesaran Melaka tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sulaiman (kanan) dan Abdul Majid (kiri) menunjukkan pingat dan watikah palsu yang dijual ahli sindiket ketika sidang akhbar, hari ini.

MELAKA – Polis menumpaskan sindiket terbesar membabitkan pemalsuan watikah dan pingat Darjah Kebesaran Negeri Melaka dengan penahanan 34 individu termasuk dua dalang utama pada awal tahun ini.

Kesemua mereka yang berusia 26 hingga 70 tahun itu terdiri daripada penjual, pembeli dan dua dalang.

Kejayaan itu diumumkan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali pada sidang akhbar khas dan turut dihadiri Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd. Ali di Ayer Keroh di sini hari ini.

Sindiket itu menjual watikah dan pingat Darjah Kebesaran Negeri Melaka pada harga bermula RM50,000 hingga RM100,000.

“Kesemua suspek diberkas dalam beberapa siri serbuan di sekitar negeri ini, Kuala Lumpur dan Selangor pada Februari serta Mac lalu.

“Kebanyakan mereka yang terlibat dalam sindiket ini merupakan ahli perniagaan menggunakan gelaran Datuk palsu,” katanya pada sidang akhbar.

Jelasnya, sindiket itu aktif sejak pertengahan tahun lalu dan menyasarkan ahli perniagaan. Setakat ini lebih 50 watikah serta pingat darjah kebesaran palsu telah dijual.

“Orang tengah akan mempromosikan watikah dan pingat darjah kebesaran palsu itu kepada kenalan rapat mereka dengan kebanyakan merupakan ahli perniagaan.

“Selepas pembeli bersetuju, dalang akan memproses semua watikah palsu yang dicetak sendiri di rumahnya dalam daerah ini, manakala pingat, selempang dan selebihnya dibawa dari luar negara,” katanya. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI