fbpx

Siasatan video ritual tolak bala selesai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular memaparkan seorang suami memukul beberapa individu dalam satu ritual membuang sial di Bagan Datuk kelmarin.

IPOH – Polis telah selesai menyiasat kejadian seorang sami yang didakwa memukul tiga sekeluarga menggunakan sebatang rotan dalam ritual keagamaan di sebuah kuil dekat Selekoh, Rungkup semalam.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, kertas siasatan kes tersebut akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) dalam masa terdekat.

“Lelaki itu telah dibebaskan tengah hari tadi setelah keterangannya diambil dan kertas siasatan akan dirujuk ke TPR untuk tindakan lanjut.

“Keterangan enam sekeluarga yang terlibat dalam ritual itu juga telah dirakam kerana hanya mereka sahaja tahu mengapa upacara itu dibuat dan mengapa mereka dipukul.

“Polis hanya akan menyiasat adakah tindakan sami tersebut bercanggah dengan undang-undang di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan rotan,” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI