PETALING JAYA – Gempa bumi sederhana berlaku di Utara Sumatera, Indonesia pada pukul 1.19 tengah hari hari ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia berkata, gegaran gempa bumi pada 5.6 skala Richter itu turut dirasai di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.
“Jarak gempa bumi 18 kilometer Tenggara dari Padang Sidempuan, Indonesia.
“Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” kata kenyataan itu hari ini. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929