fbpx

Saya tidak terasa hati pun, terima kasih Lufya atas nasihat – Janna Nick

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Janna memberitahu dia langsung langsung tidak terasa hati dengan apa yang diperkatakan Lufya.

PETALING JAYA – Pelakon Janna Nick terbuka dan tidak terasa hati tentang komen yang ditinggalkan oleh rakan pelakon, Lufya Omar apabila meluahkan rasa tidak sabar untuk melihat pelakon tersebut berhijrah (menutup aurat) suatu hari nanti.

Menerusi gambar yang dimuat naik Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 26, dalam Instagram miliknya, pelakon itu telah berkongsi foto dengan imej rambut ala ‘Barbie Doll’ bersama dengan sebuah beg tangan berjenama mewah.

“Setiap saat ketika bernafas adalah satu anugerah,” tulis Janna pada gambar tersebut.

Pada ruangan komen, Lufya dilihat memuji gaya rambut Janna yang dianggap sangat comel, namun menyatakan tidak sabar untuk melihat Janna berhijrah suatu hari nanti.

“Barbie rambut tu sangat comel. Tak sabar nak tunggu Janna berhijrah. Mesti lagi cantik,” tulis Lufya.

Bagaimanapun, ada netizen dilihat kurang senang dengan komen positif yang ditinggalkan Lufya dan menganggap pelakon itu bersikap ‘kurang ajar’ kerana membuat teguran sebegitu secara terbuka.

“Nak nasihatkan mesej secara peribadi (pm). Kurang ajar masuk ‘rumah’ orang tegur sebegitu,” kata salah seorang pengguna Instagram.

Tidak cepat melatah, Janna ketika dihubungi Kosmo! tidak terasa hati langsung dengan komen yang ditinggalkan Lufya, sebaliknya dia berkata apa yang dikatakan rakannya itu adalah sesuatu yang benar.

“Apa yang dia (Lufya) cakap itu memang kebenaran (menutup aurat) yang kita semua tahu. Mungkin dia mahu gunakan platform Instagram untuk dia berdakwah dan mengajak kita kea rah kebaikan.

“Saya ambil teguran itu secara positif,” kata Janna.

Ujar pelakon drama Marry Me Senorita itu lagi, umat Islam baru sahaja memasuki tahun baharu semalam (1 Muharam 1443) dan sudah tiba masanya untuk menjadi individu yang lebih baik.

“Kita pun baru masuk tahun baharu Islam. Inilah masa untuk menjadi seseorang yang lebih baik. Dalam situasi ini, saya harap semua orang akan jadi lebih positif,” jelasnya kepada Kosmo!

Sementara itu, Lufya ketika memberi komen terhadap perkara tersebut berpendapat, komen yang dia tinggalkan itu akan jadi positif kalau dibaca dengan nada yang positif.

“Bagi saya kalau orang yang positif pasti yang membacanya dengan nada positif. Apa yang saya katakan itu adalah satu doa.

“Saya sedang doakan Janna dan pastinya doa yang baik itu akan kembali semula pada yang mendoakan (diri sendiri) untuk terus istiqamah. Komen saya memang doa untuk Janna,” ujarnya.

Bahkan, Lufya atau nama lengkapnya Lutfyah Sheikh Omar, 37, turut berharap supaya suatu hari nanti, orang lain turut mendoakan perkara yang baik-baik untuk anaknya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI