KUALA LUMPUR – Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya melumpuhkan satu sindiket yang aktif menjalankan aktiviti pengedaran minuman keras tidak bercukai dan merampas pelbagai jenis minuman keras bernilai hampir RM1 juta dalam dua serbuan berasingan semalam.
Komander Bridged Tengah PGA, Senior Asisten Komisioner Muhammad Abdul Halim berkata, pasukan serbuan turut berjaya menahan tiga lelaki termasuk seorang lelaki warga asing berusia 28 hingga 58 yang disyaki terlibat dalam kegiatan berkenaan.
“Menerusi serbuan pertama di Taman Universiti, Petaling Jaya, sebanyak 230 kotak bir pelbagai jenis yang disyaki tidak bercukai telah dirampas termasuk tiga buah kenderaan pelbagai jenis dan empat unit telefon bimbit pelbagai jenama.
“Serbuan kedua di Subang Jaya pula telah berjaya merampas 401 kotak bir pelbagai jenis yang juga disyaki tidak bercukai dan jumlah keseluruhan rampasan arak adalah sebanyak 11,827 tin serta botol melibatkan 6,338.52 liter,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Muhammad, anggaran nilai rampasan kesemua minuman keras tersebut adalah sebanyak RM 927,729.15 dan beliau percaya telah berjaya melumpuhkan satu dindiket pengedaran minuman keras tidak bercukai di sekitar Lembah Klang.
“Pihak polis menyeru masyarakat agar dapat memberikan kerjasama dengan menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti yang menyalahi undang-undang.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1) Akta Kastam 1967,” tegas beliau. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929