fbpx

PPV bergerak guna bas bomba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bas yang digunakan untuk pameran bomba akan dijadikan tempat pemberian vaksin di negeri ini.

JEMPOL – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan menyediakan inisiatif bas bagi membantu melancarkan lagi proses pemberian vaksin di kawasan pedalaman melalui platform Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bergerak.

Pemangku Ketua Zon 3 Jempol JBPM Negeri Sembilan, Timbalan Penguasa Bomba, Ahmad Nazmi Halil berkata, ia adalah julung-julung kalinya bas yang digunakan untuk pameran bomba akan dijadikan tempat pemberian vaksin di negeri ini.

“Kemudahan itu juga akan diteruskan di lokasi lain di negeri ini bergantung kepada permintaan dari Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) atau permintaan pihak berkaitan,” katanya sempena Majlis Simbolik Penyerahan Bas Pameran Bergerak (Bomba) di PVV Bergerak Peringkat Daerah Jempol di Sekolah Kebangsaan (SK) (Felda) Lui Selatan, di sini hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Jempol merangkap Pegawai Daerah, Nawal Mohamed Amin berkata, kemudahan bas berkenaan akan dimanfaatkan oleh kira-kira 600 penduduk di penempatan felda tersebut dan kawasan berhampiran selama dua hari. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI