fbpx

Pegawai kawalan kualiti cetus kluster pekerja kilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sejumlah 18 kes direkodkan menyebabkan seluruh Kampung Kayu Madang di Telipok, Kota Kinabalu bakal dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula lusa sehingga 26 Ogos ini.

Kluster Jalan Kayu Madang itu berpunca daripada wanita tempatan berusia 31 tahun yang juga pegawai kawalan kualiti sebuah syarikat swasta.

Pesakit itu bergejala pada 27 Jun lalu sebelum disah positif pada 2 Julai hasil saringan di Klinik Kesihatan Menggatal, namun dia sudah menjangkiti pekerja kilang di zon industri di situ.

Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, baki tujuh lokaliti lain pula yang kesemuanya terletak di Sabah dengan Kampung Bergosong, Tawau sekali lagi dikenakan PKPD selepas dilaksanakan pada 2 hingga 15 Mei.

Hishammuddin menambah, dua lokaliti dalam daerah sama turut diwartakan PKPD secara serentak selama 14 hari iaitu Kampung Kongsi 8 dan PPR Taman Sri Apas di Batu 8 selain Kampung Batition, Kota Marudu; Kampung Sunsuron, Tambunan serta Perumahan Ladang syarikat Reka Halus dan Boustead Trunkline di Beluran.

Sementara itu, dua lokaliti di Kinabatangan sepatutnya tamat PKPD esok, namun disambung lagi melibatkan Ladang Bukit Mas dan Ladang Linbar 1 juga 11 lokaliti di Tuaran iaitu Kampung Betutai, Kampung Bolong Baru, Kampung Bontoi, Kampung Kindu, Kampung Lapasan, Kampung Serusop, Kampung Sungai Damit, Kampung Timbok, Kampung Simpangan, Taman Sri Rugading dan Taman Telipok Ria.

“Satu lagi lokaliti di Sabah melibatkan Kampung Lahat-Lahat, Pulau Sebatik, Tawau manakala di Kelantan pula, tiga perkampungan Orang Asli Pos Brooke di Jajahan Gua Musang iaitu Kampung Jedip WCT, Kampung Sendrop dan Kampung Seng Sang,” katanya dalam kenyataan hari ini. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI