fbpx

NASA bakal teroka lubuk emas dalam asteroid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lakaran artis bagi pemandangan dan permukaan asteroid Psyche 16. – NASA

WASHINGTON – Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA)  merancang untuk meneroka sebuah asteroid yang dipercayai menjadi lubuk emas alam semesta, lapor akhbar The Sun, semalam.

Ditemui pada akhir abad ke-19, Psyche 16 terletak di antara orbit Marikh dan Musytari  serta terhasil daripada struktur logam padat.

Menerusi laporan yang diterima NASA, kandungan emas di dalam asteroid itu cukup banyak untuk menjadikan setiap penduduk Bumi seorang bilionair.

Selain emas, ia turut dijangka dipenuhi oleh timbunan platinum, besi dan nikel.

Secara keseluruhan, kesemua jenis logam di asteroid tersebut dianggarkan bernilai £8,000 quadrilion (RM46,886 quadrilion). 

Agensi tersebut bercadang melancarkan misi ke asteroid Psyche 16 pada Ogos 2022 dan dijangka tiba di situ pada sekitar tahun 2026.

Misi yang digelar Misi Penemuan itu bagaimanapun bukan bertujuan membawa pulang emas yang terdapat pada asteroid tersebut, sebaliknya adalah untuk tujuan saintifik.

“Matlamat misi ini antaranya untuk memastikan sama ada Psyche 16 adalah sememangnya sebuah teras objek yang bertaraf planet,” kata NASA. – AGENSI 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI