PUTRAJAYA – Sebanyak 20,780 kes baharu dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 1,320,547 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor merekodkan sebanyak 6,921 kes, diikuti oleh Kuala Lumpur (2,065 kes), Johor (1,693 kes), Kedah (1,534 kes), Sabah (1,514 kes), Pulau Pinang (1,385 kes), Kelantan (1,284 kes) dan Negeri Sembilan (1,015 kes).
“Seterusnya, Perak (828 kes), Melaka (636 kes), Sarawak (634 kes), Terengganu (613 kes) dan Pahang (585 kes).
“Putrajaya (41 kes), Perlis (29 kes) dan Labuan (tiga kes),” katanya pada Facebook beliau di sini hari ini. -K!ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929