BERUAS – Dua jiran yang bergaduh sehingga seorang daripadanya maut ditetak di sebuah rumah di Jalan Sitiawan-Beruas di sini kelmarin tidak mempunyai hubungan baik dan pernah bergaduh sebelumnya.
Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, suspek juga tidak suka anak lelaki mangsa datang ke rumah bermain dengan anaknya.
“Anak simati berusia 10 tahun datang bermain dengan anak suspek. Suspek tidak suka anak simati datang ke rumahnya lalu bertindak menampar kanak-kanak itu,” katanya ketika dihubungi hari ini. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929