fbpx

Hamzah, Takiyuddin, Ka Siong tiba di pejabat PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan membawa Ka Siong tiba bagi perjumpaan khas ketua-ketua parti dalam PN di Bangunan Perdana Putra hari ini. /FOTO FAISOL MUSTAFA

Oleh PETAH WAZZAN ISKANDAR

PUTRAJAYA – Beberapa pemimpin parti komponen Perikatan Nasional (PN) mula memasuki bangunan Perdana Putra, kira-kira pukul 4 petang tadi.

Antaranya, Setiausaha Agong PN merangkap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, Setiausaha Agong PAS merangkap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Presiden MCA merangkap Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong.

Kehadiran semua pemimpin itu untuk menghadiri pertemuan dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kenderaan membawa Takiyuddin tiba di Bangunan Perdana Putra, hari ini.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof berkata, usaha memeterai konsensus berkenaan disebabkan semua ketua parti PN berpandangan Muhyiddin masih lagi mempunyai sokongan majoriti untuk kekal sebagai Perdana Menteri dengan kerajaan sedia ada masih dianggap sah.

Sebelum ini, berlaku penularan mesej ringkas yang menyatakan satu pertemuan antara Perdana Menteri dengan semua ketua parti PN di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra hari ini. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI