KLANG – Seorang lelaki yang sedang mengusahakan tanah lapang sebagai kebun tanaman jagung dan cili terkejut dengan penemuan dua objek menyerupai bom lama di Bandar Putera Klang, kelmarin.
Penemuan itu dilakukan kira-kira pukul 11.56 pagi ketika lelaki tersebut dalam proses menggali tanah di kawasan berkenaan sebelum menghubungi pihak polis.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, sepasukan polis telah dikejarkan ke lokasi kejadian untuk siasatan lanjut berhubung penemuan tersebut.
“Objek tersebut tertanam di dalam tanah dijumpai semasa proses menggali tanah.
“Hasil pemeriksaan mendapati dua objek itu adalah kelongsong peluru meriam lama dan tidak aktif,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau menjelaskan kedua-dua objek itu kemudiannya dimusnahkan oleh Unit Pemusnah Bom dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di kawasan berhampiran penemuan bagi tujuan keselamatan. – K!ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929