fbpx

Gadai nyawa demi pengguna lebuh raya lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan aksi seorang lelaki dibantu beberapa pengguna jalan raya sedang mengalihkan sebatang pokok yang menghalang laluan di sebuah lebuh raya.

PETALING JAYA – Sanggup merisikokan keselamatan diri demi pengguna lebuh raya yang lain.

Itu tindakan yang dilakukan seorang lelaki apabila dilihat cuba mengawal trafik di laluan sebuah lebuh raya selepas sebatang pokok tumbang dan menghalang hampir separuh laluan.

Walaupun bahaya, tetapi demi keselamatan orang lain, lelaki tersebut dengan beraninya turun dari keretanya dan bertindak mengawal kenderaan yang melalui kawasan itu.

Aksi lelaki tersebut telah dirakam oleh isterinya, namun tidak dinyatakan lokasi tepat dan bila kejadian itu berlaku.

Menerusi klip video berdurasi 54 saat itu, kelihatan beberapa pengguna jalan raya lain turut membantu mengawal lalu lintas dan membantu mengalihkan pokok yang menghalang laluan itu.

Rata-rata orang ramai memuji sikap lelaki terbabit bersama beberapa pengguna jalan raya yang lain yang bertungkus lumus mengawal dan membersihkan laluan.

“Terbaik pengguna jalan raya di Malaysia, sanggup gadai nyawa demi orang lain. Nak tunggu bantuan pihak konsesi lebuh raya mau ada yang kemalangan dulu,” tulis Azwan Majid.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Aien Rahmat.

“Alhamdulillah, besar pahala bila alihkan sesuatu yang mnghalang jalan untuk kemudahan org ramai, moga dipermudahkan urusan kalian seterusnya,” ujarnya.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI