fbpx

Dua kali dilanda ribut dalam dua minggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. Rizal menunjukkan keadaan bumbung rumahnya yang rosak akibat ribut di Felda Sungai Panching Utara di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Belum pun hilang penat membaiki bumbung rumah yang rosak akibat kejadian ribut dan angin kencang dua minggu lalu, penduduk di Felda Sungai Panching Utara di sini sekali lagi berdepan dengan bencana sama petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu menyebabkan 79 keluarga terjejas apabila kediaman mereka mengalami kerosakan terutama di bahagian bumbung sehingga mereka mengalami kerugian masing-masing antara RM1,000 hingga RM5,000.

Seorang penduduk, Mohamad Rizal Anuar Din, 39, berkata, dia baru sahaja siap membaiki kerosakan bumbung akibat ribut pada 26 Julai lalu dan tidak menyangka kejadian itu berulang sekali lagi petang semalam.

“Ketika kejadian saya cuma fikir keselamatan keluarga dan alhamdulillah kami semua selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan kecuali bumbung rumah yang rosak.

“Memang penat juga sebab kami baru sahaja siap membaiki atap yang rosak akibat kejadian ribut baru-baru ini, dan kini terpaksa membaikinya semula,” katanya ketika ditemui, di sini hari ini.

Tambahnya, dia reda dengan ketentuan tuhan dan pada masa ini belum dapat memastikan jumlah sebenar kerugian namun mengakui ia memerlukan kos yang tinggi untuk membaiki atap rumahnya.

Sementara itu, Pengurus Felda Sungai Panching Utara, Abdul Samad Harun berkata, kejadian itu adalah kali kedua berlaku dalam tempoh kira-kira dua minggu di kawasan berkenaan.

“Pihak kami sudah melakukan pemantauan di sekitar kawasan penempatan ini sejak malam tadi dan setakat ini tidak ada laporan kecederaan membabitkan penduduk.

“Proses penilaian kerosakan dan kerugian dialami penduduk juga sedang dilakukan dan pihak Felda yang akan menghulurkan bantuan kewangan kepada mereka dalam masa terdekat,” ujarnya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI