fbpx

Bola jaring mungkin bersaing di Olimpik Brisbane 2032

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ACARA bola jaring pernah dianjurkan pada Sukan Komanwel 1998 di Kuala Lumpur, namun tidak pernah disenaraikan di Olimpik. – AFP

BRISBANE – Persekutuan Bola Jaring Antarabangsa (World Netball) berharap sukan bola jaring dapat disenaraikan sebagai acara baharu menjelang Sukan Olimpik Brisbane 2032 nanti.

Sukan bola jaring dipertan­dingkan buat kali pertama di Sukan Komanwel 1998 di Kuala Lumpur, Malaysia, namun ia tidak pernah dipertandingkan di temasya Sukan Olimpik.

Justeru, World Netball berharap dengan sokongan daripada Persatuan Bola Jaring Australia, sukan itu mampu dipertandingkan buat julung kalinya di Sukan Olimpik Brisbane pada 2032.

Presidennya, Liz Nicholl yakin perkara itu akan dipersembahkan kepada Jawatankuasa Penganjur dan Jawatankuasa Olim­pik Antarabangsa (IOC) untuk dibincangkan lebih awal.

“Semua negara anggota yang terlibat gembira dengan potensi sukan ini untuk dianjurkan pada Olimpik 2032 nanti. Pihak kami bertekad untuk memastikan sukan ini dapat dipertandingkan di pentas berprestasi tinggi itu,” kata Nicholl.

Sementara itu, ketua eksekutif bola jaring Australia, Kelly Ryan berhadap sukan bola ja­ring mampu dipertandingkan dan dibincangan dalam mesyuarat Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC).

“Kami mahu pemain bola ja­ring kami dapat mengimpikan serta merasai nikmat beraksi di Sukan Olimpik dan meraih kejayaan. Saya fikir bola jaring layak untuk dimainkan di pentas terbesar dunia tersebut berdasarkan populariti dan tahap kompetitifnya,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI