fbpx

“Bear” pun ambil vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gelagat dua maskot di mana maskot bear menerima vaksin di PPV Bergerak Peringkat Daerah Jempol di SK (Felda) Lui Selatan, di sini, hari ini menarik perhatian penerima vaksin dan petugas. - Foto oleh NOR AINNA HAMZAH

JEMPOL – Pekarangan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bergerak Peringkat Daerah Jempol di Sekolah Kebangsaan (SK) (Felda) Lui Selatan, di sini “ceria” apabila kelibat dua maskot berpakaian ‘bear’ dan ‘monkey dancing’ menjadi tarikan penerima vaksin.

Kelibat dua maskot dengan gaya bersahaja itu rupa-rupanya merupakan idea dua kenalan Muhamad Iqram Anuar Gani, 35, yang merupakan sekretariat program dan penerima vaksin jenis Pfizer, Faizal Adnan, 38, yang menyarung maskot bear.

Menurut Muhamad Iqram, tujuan mereka mengenakan maskot berkenaan adalah bagi menghiburkan penerima vaksin dan para petugas yang sudah pun bertungkus-lumus berusaha bagi melancarkan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) di sekitar daerah berkenaan.

“Tujuan kami hanya nak hilangkan gemuruh penerima vaksin hari ini. Bila nampak kami, ada yang tergelak dan tak kurang juga ada yang melatah. Kami pun hanya mahu menghiburkan penerima vaksin yang datang dan juga menghargai petugas.

“Kami harap dengan cara ini lebih ramai lagi individu tidak takut untuk menerima vaksin kerana tujuan vaksin adalah untuk melindungi diri dari pendemik Covid-19,” katanya ketika ditemui sempena program berkenaan di SK (Felda) Lui Selatan, di sini, tadi.

Penerima vaksin dan petugas mengambil peluang untuk bergambar kenangan dengan dua maskot berkenaan di PPV Bergerak menggunakan Bas Pameran Bergerak (Bomba) selama dua hari. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI