fbpx

Bapa teruja anak hadiahkan ‘scrambler’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video memaparkan kegembiraan seorang bapa apabila anak-anak menghadiahkan sebuah scrambler.

PETALING JAYA – Berbaktilah dan bahagiakan kedua ibu bapa selagi hayat mereka masih ada.

Itu reaksi orang ramai apabila melihat sebuah klip video yang memaparkan kegembiraan seorang bapa apabila anak-anaknya telah menghadiahkan sebuah motosikal jenis Kawasaki KLX.

Difahamkan, motosikal jenis ‘scrambler’ itu adalah motosikal idaman bapa mereka sejak usianya masih muda.

Menerusi klip video berdurasi 19 saat yang dimuat naik di laman Facebook itu, kelihatan wajah lelaki itu sangat gembira dan teruja apabila anak-anaknya berjaya menghadiahkan motosikal idamannya.

Kelihatan lelaki itu juga terus membonceng motosikal tersebut sejurus anaknya menyerahkan kunci.

Susulan klip video itu, rata-rata pengguna Facebook turut berkongsi kegembiraan dan masing-masing berharap agar dapat membahagiakan orang tua mereka.

Pada masa sama, netizen turut berpesan kepada yang masih mempunyai ibu bapa supaya sentiasa berbakti dan membahagiakan mereka kerana ketika musim pandemik ini, apa sahaja boleh berlaku dalam sekelip mata.

Sehingga pukul 9 malam tadi, klip video tersebut telah ditonton lebih 11,000 kali dan dikongsi 21 pengguna. -K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI