fbpx

Bapa Amylea meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amylea kehilangan bapanya yang menghembuskan nafas terakhir di IJN sebentar tadi.

PETALING JAYA – Bapa kepada penyanyi, Amylea iaitu Azizan Zainal Abidin, 62, disahkan meninggal dunia akibat komplikasi jantung dan buah pinggang di Institut Jantung Negara (IJN) sebentar tadi.

Berita duka tersebut dimamlumkan Amylea menerusi hantaran terbaharu dalam Instagramnya.

“Saya telah kehilangan dia selama-lamanya. Tidak ada rasa sakit yang lebih besar daripada kehilangan ayah atau ibu.

“Allah SWT sahaja yang tahu dugaan demi dugaan. Ayahku adalah kurniaan Allah kepada saya dan bersyukur kerana memiliki seorang ayah yang hebat,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan artis mengambil kesempatan menitipkan doa dan kata-kata semangat buat Amylea.

Pada hantaran sama, pelantun lagu Ku Berserah itu juga berpesan jika Allahyarham bapanya ada berhutang dengan mana-mana pihak atau individu, silalah menghubunginya untuk diselesaikan.

Terdahulu, tahap kesihatan bapa Amylea mula merosot selepas bapanya diserang sakit jantung dan dijangkiti kuman pada paru-paru hingga menyebabkan dia terpaksa dirawat di IJN sejak 30 Julai lalu.

Pada Akhir Julai lalu juga, Amylea terpaksa mengetepikan perasaan malu dan segannya apabila nekad melakukan gerakan derma kilat bagi tujuan menampung kos rawatan bapanya yang perlu dirujuk ke hospital swasta rentetan hospital awam yang dipenuhi pesakit Covid-19. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI