fbpx

Bangladesh mula program vaksinasi buat pelarian Rohingya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelarian etnik Rohingya yang tiba di Bangladesh pada 6 September 2017. - The World Bank

DHAKA – Kerajaan Bangladesh memaklumkan sudah memulakan program vaksinasi Covid-19 ke atas pelarian Rohingya di kem-kem pelarian etnik itu, lapor akhbar Bangkok Post kelmarin.

Pegawai kesihatan berkata sebanyak 2,600 kes Covid-19 direkodkan di kem-kem tersebut yang menempatkan sekitar 850,000 etnik Rohingya. Pakar bagaimanapun berkata jumlah tersebut hanyalah anggaran kasar.

Menurut Ketua Kesihatan Tempatan, Mahburur Rahman, fasa pertama program vaksin itu akan menyaksikan sekitar 48,000 pelarian etnik itu berusia 55 tahun dan ke atas disuntik vaksin Sinopharm dalam tempoh tiga hari akan datang 

Pegawai kerajaan berkata mereka telah menjalankan kempen kesedaran vaksinasi secara besar-besaran di kem-kem itu  dengan sukarelawan pergi dari setiap khemah untuk memberi maklumat berkenaan kepentingan mendapatkan suntikan vaksin.

Wakil pesuruhjaya pelarian Bangladesh, Shams ud Douza berkata bahawa usaha vaksinasi juga akan dimulakan minggu ini bagi 18,000 pelarian etnik Rohingya yang dipindahkan ke sebuah pulau di Teluk Bengal.

Bangladesh mengalami lonjakan kes Covid-19 dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini dengan sebahagian besar daripada 169 juta rakyatnya kini berada dalam perintah berkurung. 

Koronavirus telah mengorbankan hampir 23,000 orang dan menjangkiti 1.4 juta penduduk Bangladesh dan sebahagian besarnya berlaku dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini.

Sekitar 98 peratus daripada jangkitan baharu adalah dari varian Delta yang pertama kali dikesan di negara jiran, India. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI