PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mahu pihak berkuasa mengatasi segera masalah kesesakan warga asing di dua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Kuala Lumpur seperti yang tular di media sosial hari ini.
Menurut beliau, pihaknya terkejut menyaksikan video yang tular itu termasuk pengabaian prosedur operasi standard (SOP) seperti penjarakan fizikal.
“Saya terkejut melihat video keadaan di PPV Rumah Prihatin Hotel Grand Seasons dan PPV Bukit Jalil hari ini yang penuh berpusu-pusu sehingga mengabaikan SOP.
“Saya harap pihak penguat kuasa dapat memastikan keadaan pekerja asing bersesak-sesak seperti ini tidak berulang lagi kerana ia boleh menyebabkan penularan wabak,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook, hari ini.
Berita berkaitan: Ingkar sop, warga asing sampai bepeluk untuk divaksin
Beliau memberitahu, pihaknya akan menghubungi pihak berkaitan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya situasi sedemikian dapat ditangani segera.-K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929