fbpx

Aplikasi Truecaller halang panggilan spam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aplikasi Truecaller akan membantu mengenalpasti pemanggil dan mempamerkan sama ada warna biru, hijau atau merah.

PETALING JAYA – Truecaller, penyedia aplikasi pengenalan pemanggil dan penghalang spam di Malaysia, akan terus me­ningkat usaha bagi membantu masyarakat melindungi diri daripada terbabit dalam sindiket penipuan melalui telefon.

Ketua Komunikasi Korporat Antarabangsa Truecaller, Hitesh Raj Bhagat berkata, masalah tersebut semakin serius kerana kes penipuan me­lalui telefon amat kerap sehingga merekodkan kerugian berjumlah RM38 juta antara bulan Januari hingga Mac tahun ini.

Menurut beliau, Truecaller mencatatkan sembilan juta kes panggilan spam setiap bulan dan daripada jumlah tersebut, dua juta kes berkaitan dengan penipuan.

Truecaller membantu me­ngenal pasti semua panggilan masuk­ dari seluruh dunia dan secara automatik menghalang penjenayah spam yang telah dikenal pasti.

“Untuk mengetahui sama ada sesuatu panggilan itu selamat untuk dijawab, aplikasi tersebut akan mempamerkan kad hubu­ngan berwarna biru untuk kenalan yang disahkan atau hijau untuk perniagaan yang di­sahkan.

“Manakala kad hubungan berwarna merah pula bermaksud panggilan spam atau daripada sindiket penipuan,” katanya dalam kenyataan.

Selain itu, Hitesh me­nerangkan, bagi menggalakkan masyarakat menggunakan aplikasi Truecaller, syarikat menawarkan hadiah berupa wang tunai bernilai RM250 kepada 55 pemenang bertuah melalui pelancaran #MYTruecaller Giveaways.
Peraduan yang telah bermula pada 26 Julai lalu itu akan berlangsung sehingga 21 Ogos ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI