fbpx

Abang Siti Sarah pula masuk hospital, oksigen merosot

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ABANG Siti Sarah, Ahmad Firdous Raissuddin kini dimasukkan ke wad di Hospital Serdang.

PETALING JAYA – Selepas Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, abang kepada penyanyi tersebut Ahmad Firdous Raissuddin dimasukkan ke Hospital Serdang, Selangor, akibat positif Covid-19.

Shuib bagaimanapun berkata, tahap oksigen abang iparnya itu semakin menurun namun masih dalam keadaan stabil.

“Sudah lapan hari abang ipar saya dikuarantin. Oksigen dia juga semakin menurun namun keadaan dia masih lagi stabil di Hospital Serdang,” katanya usai majlis tahlil dah bacaan doa selamat malam tadi secara maya.

Tidak mahu nasib menimpa dirinya berlaku kepada orang lain, Shuib mendedahkan, dia menasihatkan abang iparnya supaya tidak menunggu lama untuk mendapatkan rawatan.

“Apabila abang ipar saya menjalani pemeriksaan tahap kandungan oksigen antara 94 dan 95 peratus.

“Saya cakap, jangan tunggu lama-lama, pergi segera dapatkan rawatan,” ujarnya.

Pada waktu pandemik sekarang, Shuib menekankan dan menasihatkan agar orang ramai sentiasa memberi keutamaan terhadap penjagaan kesihatan diri.

Paling penting, getus Shuib, semua orang harus cakna akan kepentingan mendapatkan suntikan vaksin pada waktu yang cukup getir sekarang disebabkan virus pembunuh tersebut.

“Jaga kesihatan, periksa diri dan amalkan pengambilan vitamin atau bagaimana agar sistem imunisasi badan dapat melindungi kita daripada Covid-19.

“Di rumah kena ada oksimeter. Ini benda wajib ada sekarang. Kalau ada ahli keluarga kita dijangkiti, kita tahu apa yang perlu dilakukan.

“Jururawat yang selalu bertemu dengan saya kata, setiap hari mereka menguruskan orang yang dijangkiti Covid-19, yang nyawa mereka menjadi korban.

“Sekurang-kurangnya, apabila kita sudah disuntik vaksin, bukanlah kita betul-betul selamat, tetapi itu adalah usaha kita untuk mengekang penularan virus ini,” ujar bapa kepada empat orang cahaya mata itu.

Allahyarham Siti Sarah Raissuddin menghembuskan nafas terakhir disebabkan komplikasi berpunca Covid-19 pada Isnin lalu selepas tiga hari koma. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI