fbpx

Yang Dipertua PUM dinobat Tokoh Maal Hijrah Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Al-Sheikh Abdul Halim memberi upacara secara persidangan video setelah dinobatkan Tokoh Maal Hijrah Terengganu 2021 pada majlis pelancaran sambutan Maal Hijrah peringkat Terengganu yang berlangsung secara online di Kuala Terengganu semalam.

KUALA TERENGGANU – Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Datuk Al-Sheikh Abdul Halim Abd. Kadir, 86, dinobat sebagai Tokoh Maal Hijrah Terengganu pada tahun ini.

Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT), Mat Azmi Arshad berkata, anugerah tersebut sebagai menghargai sumbangan Al-Sheikh Abdul Halim terhadap perkembangan syiar Islam di negeri tersebut dan negara termasuk sewaktu menjawat jawatan sebagai Mutfi Terengganu pada tahun 2000 hingga 2004.

Beliau berkata, Tokoh Maal Hijrah Terengganu 2021 yang berasal dari Jerteh, Besut berkenaan dianugerahi hadiah wang tunai RM20,000, piala iringan, sijil penghargaan dan persalinan.

“Abd. Wahab Muhammad, 7, yang merupakan Imam Masjid Kampung Rawai, Marang sejak tahun 1964 pula dinobat sebagai Tokoh Imam Cemerlang.

“Anugerah Tokoh Bilal Cemerlang pula diberikan kepada Mohd Puteh, 67, dari Masjid Kampung Pecah Rotan, Kuala Nerus,” katanya pada majlis pelancaran sambutan Maal Hijrah peringkat Terengganu di sini malam tadi.

Majlis yang dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar dilangsungkan secara online sebagai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sementara itu, Al-Sheikh Abdul Halim yang memberikan upacara menerusi persidangan video bersyukur dengan pengiktirafan tersebut dan segala kerjanya dakwahnya selama ini semata-mata demi keredaan Allah. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI