fbpx

Tindakan tegas jika palsukan sijil vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Azmi Ghazali (Kanan) memberi suntikan Vaksin Astra Zeneca kepada Mohd Fauzi Ramli warga pendidik SMK Alor Pongsu di Dewan SMK Abu Bakar Al Baqir.

BAGAN SERAI – Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang cuba memalsukan sijil vaksin termasuklah mencetak sijil digital palsu menerusi applikasi MySejahtera.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali berkata, banyak pihak merasa bimbang sekiranya sijil digital itu dicetak dan dipalsukan dengan berbagai cara.

Menurut beliau, cubaan itu mungkin ada bagi mengambil kesempatan atas kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) yang diumumkan baru -baru ini.

“Banyak pihak bimbang sekiranya ada yang cuba ambil kesempatan memalsukan sijil digital lengkap dua dos suntikan untuk bebas dalam komuniti yang dilonggarkan syarat SOP.

“Bagaimana pun,saya yakin pihak Mysejahtera akan mempertingkatkan keselamatan applikasinya agar tiada pihak yang mengubah sijil digital,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat ke pusat pemberian vaksin untuk warga pendidik dan sokongan di Sekolah Menengah Abu Bakar Al-Baqir dekat sini hari ini.

Pada program itu seramai 1,500 orang warga pendidik dalam daerah Kerian termasuk petugas sokongannya menerima dos suntikan pertama vaksin jenis Astra Zeneca.

Jelas Noor Azmi, pihak kementerian akan mengambil tindakan keras terhadap mereka yang dikesan mengubah sijil lengkap Vaksin atau memalsukannya.

Pada masa sama katanya, perkara itu juga akan dibawa ke mesyuarat bagi dibincangkan pada peringkat tertinggi untuk diperincikan. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI