fbpx

Terima kasih The Pocket Rocketman terus banggakan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ABU SAMAH

PERSEKUTUAN Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) berbangga dengan pencapaian jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang yang meraih pingat perak acara keirin Sukan Olimpik Tokyo 2020 kelmarin.

Presiden PKBM, Datuk Abu Samah berkata, kejayaan Azizulhasni itu menjadi pembakar semangat kepada pelumba-pelumba pelapis negara yang dilihat bersemangat untuk menjadi seperti idola mereka.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Azizulhasni yang beraksi begitu baik di Tokyo meskipun terlepas pingat emas. Bagaimanapun, dia berjaya menyumbang pingat buat negara sekali gus perbaiki penca­paian lima tahun lalu sewaktu di ­Olimpik Rio (2016).

“Saya percaya perjalanan Azizulhasni tidak terhenti di Tokyo kerana dia masih bertenaga untuk bersaing pada Olimpik Paris 2024,” katanya kepada Kosmo!.

Abu Samah juga memuji penampilan sulung pelumba muda negara, Muhammad Shah Firdaus Sharom pada Sukan ­Olimpik dan melihat dia mempunyai potensi besar untuk terus menyinar di persada antarabangsa.

“Aksi pertamanya pada ­Olimpik cukup baik tetapi sa­yang dia mengalami kecederaan di sana. Saya harap dia mengambil perkara itu sebagai pengalaman terbaik di Tokyo untuk dibawa pada kejohanan akan datang.

“Mungkin Shah Firdaus boleh mengikut rentak seperti Azizulhasni dan mampu menjadi salah seorang pencabar terkuat di rantau Asia mahupun dunia,” tambah Abu Samah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI