fbpx

Sterling nekad mahu dapatkan kepastian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
STERLING bakal menjadi bintang pertama yang dibeli Chelsea di bawah era bilionair Amerika Syarikat, Todd Boehly. - AFP

MANCHESTER – Pemain sayap sensasi, Raheem Sterling bersedia mewakili dirinya sendiri untuk berbincang dengan pengurusan Manchester City mengenai lanjutan kontrak baharu sebelum memulakan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) minggu ini.

Sebagai rekod, Sterling yang mewakili skuad The Citizens sejak 2015 dari kelab Liverpool masih memiliki kontrak dengan gaji £200,000 seminggu (RM1.17 juta) masih berbaki dua tahun yang akan tamat pada penghujung musim 2024 nanti.

Berdasarkan kepada situasi semasa kontraknya, Sterling kini menjadi buruan beberapa kelab utama EPL seperti Arsenal dan Tottenham Hotspur yang mahu menandatangani khidmatnya dengan harga lebih murah.

Malah, keputusan City yang dibimbing oleh Pep Guardiola untuk menandatangani seorang lagi pemain sayap baharu, Jack Grealish dengan nilai perpindahan £100 juta (RM(RM587.46 juta) menguatkan lagi spekulasi penghijrahannya.

Namun, Sterling yang tidak mempunyai ejen peribadi ter­desak untuk kekal di Etihad sekali gus berusaha untuk berbincang dengan City mengenai lanjutan kontrak baharu secepat mungkin kerana enggan fokusnya di atas padang terjejas.

Pemain berusia 27 tahun itu sebelum ini disisihkan daripada skuad utama pada aksi perebutan trofi Piala Perisai Komuniti awal pagi Ahad lepas yang me­nyaksikan juara bertahan EPL itu tewas kepada Leicester City de­ngan kekalahan 0-1.

Sterling yang mencipta sensasi pada Kejohanan Euro 2020 bulan lalu selepas meledak tiga gol untuk membantu England mara ke final dijangka bakal kembali dalam pasukan pada aksi pembukaan bertemu Tottenham minggu ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI