fbpx

Siti Sarah tak takut pada saya – Azwan Ali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZWAN Ali membuat permohonan maaf terhadap Allahyarham Siti Sarah atas keterlanjurannya ketika pernah bertemu penyanyi itu dalam sebuah program.

PETALING JAYA – Pemergian Siti Sarah Raissuddin turut memberi impak kepada pengacara sensasi, Azwan Ali atau Diva AA yang mengakui pernah mengajukan soalan ‘laser’ kepada penyanyi itu.

Katanya, dia yang kagum apabila Allahyarham menjawab soalan dengan tenang dalam program hiburan kendaliannya suatu masa dulu tetap berharap ketelanjuran kata-katanya dapat dimaafkan.

“Diharapkan video ini sampai kepada tuan punya badan, tak lain tak bukan kepada Shuib dari Sepahtu yang telah kehilangan isteri tersayang, Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin.

“Salam takziah. Terus ‘move on’ dan jaga anak-anak baik-baik. Diva AA cuma nak recap (mengimbas) sikit kenangan banyak kali bekerja dengan arwah.

“Minta maaf sebab ada soalan maut dalam Amboi, amboi, amboi Astro atau ChitChat pada zaman itu.

“Arwah sangat selamba menjawabnya, sangat vokal. Dia tak takut dengan soalan Diva AA. Diva AA minta diampunkan. Semoga tenanglah roh arwah di sana,” katanya menerusi hantaran video yang dikongsi dalam TikTok.

Figura popular yang terkenal dengan kelantangannya itu turut meluahkan pertanyaan bila berpeluang bertemu suami penyanyi itu, Shuib.

Allahyarham Siti Sarah, 37, menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) akibat jangkitan COVID-19, pukul 5.13 pagi semalam.

Allahyarham meninggalkan empat cahaya mata yang masih kecil termasuk bayi lelaki yang dilahirkan secara pembedahan pada Jumaat lalu ketika kandungannya itu memasuki bulan kelapan.

Pemergian Siti Sarah genap 65 jam bertarung nyawa selepas tahap oksigennya menurun akibat virus jahat itu ketika sarat hamil nyata menghibakan ramai.

Malah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berkenan menzahirkan ucapan takziah.

Berita pemergian penyanyi Kesetiaan itu juga dipaparkan menerusi media dan laman portal di Indonesia, Singapura dan Brunei. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI