fbpx

Siti Sarah minta izin ambil wuduk, solat sebelum ke ICU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar perkongsian oleh seorang jururawat yang pernah merawat dan menjaga Siti Sarah di hospital sebelum ini.

PETALING JAYA – Luluh hati orang ramai apabila membaca satu perkongsian seorang jururawat yang pernah menjaga dan merawat Allahyarham Siti Sarah Raissuddin di hospital.

Menerusi perkongsian jururawat di laman TikTok yang menggunakan akaun @Missylia itu, dia ada menceritakan beberapa peristiwa dan kenangan manis bersama isteri kepada pelawak dan pelakon, Shuib itu.

Menurut jururawat itu, salah satu permintaan Siti Sarah sebelum dibawa ke Unit Rawatan Rapi (ICU) bagi menjalani pembedahan caesarean adalah dia ingin berwuduk untuk menunaikan solat Subuh.

Kata jururawat itu, ketika itu arwah masih sedar dan boleh bercakap sebelum dibawa ke ICU.

“Sarah juga ada mintak saya ambil plastik, air dan tisu sebab dia mahu lap badan dia sebab dia rasa panas.

“Dekat wad Covid memang panas hanya ada ‘aircond portable’ (penghawa dingin mudah alih),” kata @Missylia semasa menjawab pertanyaan pengguna Tiktok.

Tambah jururawat itu, Siti Sarah sangat mesra dan sentiasa mengucapkan terima kasih serta meminta maaf kepada jururawat setiap kali memerlukan pertolongan.

“Perkataan yang susah jururawat hendak dengar dari patient (pesakit),” katanya yang memuji sikap Siti Sarah sebelum ini.

Susulan perkongsian itu rata-rata pengguna kagum dengan sikap Siti Sarah yang sentiasa merendah diri dan menghormati orang lain.

Pada masa sama, mereka turut memuji layanan yang diberikan jururawat terhadap semua pesakit Covid-19 yang siang malam bertungkus lumus serta terpaksa merisikokan diri.-K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI