fbpx

Sembilan termasuk satu kematian Covid-19 di Parlimen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sebanyak sembilan lagi kes positif Covid-19 termasuk satu kematian berkaitan Sidang Mesyuarat Khas Parlimen yang diadakan pada 26 hingga 29 Julai lalu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah terbaharu yang dijangkiti seramai 97 individu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kematian melibatkan pegawai tinggi kerajaan yang dilaporkan hari ini merupakan kes kematian pertama yang dikesan positif Covid-19 dengan ujian RT PCR pada 31 Julai lalu.

Beliau berkata, mangsa yang mempunyai sejarah hadir ke Parlimen dari 26 hingga 29 Julai terdahulu didapati negatif menerusi ujian saringan pra Dewan Rakyat (23 Julai) dan ujian RTK-Ag Self-Test Kit Saliva (29 Julai) adalah negatif.

“Mangsa kemudiannya menunjukkan gejala pada 31 Julai lalu dan positif ujian PCR dengan nilai kitaran ambang (CT value) 14.88 bermaksud kadar kebolehjangkitan tinggi.

“Keadaan mangsa bertambah teruk dan telah dimasukkan ke hospital pada 4 Ogos lalu untuk rawatan lanjut namun keadaan amat kritikal dan meninggal dunia semalam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Noor Hisham berkata, empat lagi kes adalah kes kontak rapat kepada kes positif Covid-19 hasil saringan semasa Pra-Dewan Rakyat menjadikan jumlah kes positif bagi kategori itu kini sebanyak 64 kes.

“Empat kes berkenaan dilaporkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah dan dikesan positif Covid-19 menggunakan RTK Ag pada 23 Julai lepas.

“Kesemua kes didapati begejala ringan dan telah diberi Perintah Pengawasan dan Kawalan (HSO) di rumah. Kesemua mereka juga telah pulih dan mulai bekerja setelah tamat HSO,” jelasnya.

Dalam pada itu, Noor Hisham berkata, baki empat lagi kes baharu adalah kes kontak rapat kepada kes positif Covid-19 yang hadir semasa persidangan Dewan Rakyat menjadikan jumlah keseluruhan kes positif kategori berkenaan 25 kes setakat ini.

“Satu kes mempunyai nilai kitaran ambang atau CT value RT PCR iaitu 19.62, manakala yang lainnya adalah di antara 32.76 sehingga 36.07,” katanya sambil memaklumkan kes saringan Pra Dewan Negara masih kekal lapan kes setakat ini.

Dalam perkembangan sama, Noor Hisham berkata, lima daripada sampel kes Parlimen yang mempunyai CT value rendah dan dihantar ke Institut Penyelidikan Perubatan untuk ujian genomik didapati adalah varian Delta (India).

“Dua sampel tidak berjaya diproses dan satu sampel lagi masih menunggu keputusan,” katanya.

Katanya, hasil siasatan mendapati perkongsian bilik dan kemudahan asas seperti tandas, surau dan ruang makan oleh ramai individu telah memberi risiko kepada penularan jangkitan Covid-19 di Parlimen.  -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI