fbpx

PSG lupakan Pogba serius buru Messi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POGBA tidak lagi menjadi keutamaan PSG apabila kelab itu dilaporkan mahu mendapatkan Messi. – AFP

PARIS – Gergasi Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) sudah bersedia melupakan hasrat untuk menandatangani khidmat bintang Manchester United, Paul Pogba.

PSG dilaporkan lebih berminat untuk mendapatkan tandatangan Lionel Messi secara percuma ke­­rana pemenang enam Ballon d’Or itu sah meninggalkan Barcelona selepas tidak melanjutkan kontraknya dengan ke­lab La Liga ber­kenaan.

Ketua jurulatih PSG, Mauricio Pochettino juga telah mengesahkan bahawa pihaknya berminat mengikat kontrak dengan Messi, 34, sekali gus menimbulkan per­soalan terhadap peluang Pogba menyertai mereka.

Berdasarkan laporan akhbar Perancis, La Parisien, PSG sedang berusaha menjauhkan diri de­ngan sebarang spekulasi membabitkan Pogba, 28, dan juga dikatakan tidak pernah menghantar wakil untuk menghubungi bintang Perancis itu.

Difahamkan, Messi masih belum bersetuju dengan apa-apa terma dengan PSG yang dilaporkan telah menawarkan bekas kapten Barcelona itu kontrak selama dua musim bernilai £25 juta (RM146.46 juta) setahun selepas cukai.

Jika bersetuju, kapten Argentina itu akan kembali bergabung dengan bekas rakan sepasukannya di Barcelona, Neymar sekali gus memberikan gambaran terhadap peluang PSG memenangi Liga Juara-Juara musim ini akan menjadi lebih cerah.

Apa tidaknya, gandingan Messi, Neymar dan seorang lagi bintang Perancis, Kylian Mbappe dianggap antara trio serangan paling bahaya di dunia.

Sebagai rekod, PSG memulakan musim baharu Ligue 1 de­ngan langkah kanan menerusi kemenangan 2-1 ke atas Troyes di Stade de l’Aube kelmarin menerusi dua jaringan daripada Achraf Hakimi dan Mauro Icardi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI