fbpx

Pesakit melecur, tabung oksigen terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan katil pesakit yang disambar api disebabkan kebakaran tabung oksigen di Hospital Slim River petang tadi.

SLIM RIVER – Seorang pesakit di wad pengasingan Hospital Slim River mengalami melecur kecil pada tangan apabila disambar api akibat kebakaran tabung oksigen petang tadi.

Mujurlah kakitangan hospital bertindak pantas dan berjaya memadamkan api dan menyelamatkan pesakit sebelum memindahkannya ke wad lain.

Jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Perak memberitahu, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 7.42 malam.

Menurut jurucakap tersebut, sepasukan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Slim River dikejarkan ke lokasi kejadian bagi membantu.

“Setiba di tempat kejadian anggota bomba mendapati kebakaran dalam bilik pengasingan yang menempatkan seorang pesakit itu telah dipadamkan oleh kakitangan hospital

“Kebakaran melibatkan tabung oksigen dan bilik rawatan itu hanya mengalami kesan kebakaran kecil.

“Pesakit lelaki itu pula mengalami melecur pada tangan dan telah dipindahkan ke wad lain,” ujar jurucakap tersebut.

Susulan itu, pihak bomba telah melakukan pemeriksaan rapi dan penilaian bagi memastikan keadaan selamat serta tidak merbahaya.

Operasi yang diketuai Ketua BPP Slim River, Pegawai Penguasa Bomba, Mohd. Fazrul Azuan Norman tamat sepenuhnya pada pukul 8.55 malam manakala punca kejadian masih dalam siasatan. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI