fbpx

Penjawat awam ditahan bersama 11 wanita warga Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara wanita warga Thailand yang ditahan dalam Operasi Patuh di Taman Imbi di Kuantan semalam.

KUANTAN – Seorang penjawat awam ditahan kerana dipercayai menjadi bapa ayam dengan melindungi 11 wanita warga asing di Lorong Galing Taman Imbi di sini, semalam.

Lelaki berusia 40-an berkenaan ditahan bersama wanita warga asing dalam Operasi Patuh yang dilakukan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di dua buah rumah sewa di Taman Imbi di sini.

Menurut kenyataan JIM, wanita warga asing berkenaan didapati melakukan beberapa kesalahan termasuk masuk dan tinggal di negara ini tanpa pas perjalanan sah dan tinggal lebih masa.

“Hasil siasatan mendapati dua buah rumah sewa itu dijadikan tempat tinggal wanita terbabit yang dipercayai turut terlibat dalam aktiviti tidak bermoral.

“Dalam pemeriksaan bermula pukul 5 petang hingga 7.30 malam itu turut menemui minuman keras di ruang tamu rumah berkenaan,”kata kenyataan itu di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu, operasi berkenaan disertai 21 pegawai penguatkuasa JIM Pahang yang diketuai Ketua Timbalan Penolong Pengarah Imigresen, Jeffri Nasir

Dalam pada itu katanya, kesemua wanita warga Thailand berkenaan dibawa ke Depot Imigresen Kemayan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963 (Akta 155) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963 (Akta 155).

Katanya, penjawat awam terbabit pula disiasat di bawah Seksyen 56(1) (d) Akta Imigresen 1959/1963 (Akta 155) kerana sengaja memberi perlindungan kepada orang yang diketahui melanggar peruntukan Akta Imigresen.

“JIM Pahang memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak melindungi pendatang asing tanpa izin (PATI) dan tampil menyalurkan maklumat sekiranya terdapat aktiviti yang menyalahi undang-undang khususnya membabitkan kesalahan di bawah Akta Imigresen,”ujarnya.- K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI