fbpx

Pengarah Jabatan Kejuruteraan, kontraktor direman lima hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kedua-dua suspek dibawa ke Mahkamah Majistret di George Town bagi mendapatkan perintah reman hari ini.

GEORGE TOWN – Seorang Pengarah Jabatan Kejuruteraan sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) di Kedah dan seorang kontraktor direman selama lima hari bagi membantu siasatan berhubung kes penyalahgunaan kuasa.

Perintah reman terhadap kedua-dua suspek yang bermula hari ini sehingga Sabtu depan itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Majistret di sini, Nur Fardrina Zulkhairi.

Ia bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Suspek hadir ke mahkamah dengan mengenakan pakaian lokap SPRM sambil diiringi anggota dan pegawai SPRM.

Difahamkan, kedua-dua suspek ditahan di Pejabat SPRM Pulau Pinang di Jalan Sultan Ahmad Shah di sini semalam ketika hadir memberi keterangan.

Menurut sumber, berdasarkan siasatan, suspek telah menyalahgunakan kuasanya dengan mencadangkan kepada Lembaga Perolehan Negeri Kedah syarikat milik bapanya bagi menjalankan kerja-kerja menurap dan menyelenggara jalan di Kedah yang berjumlah RM200,000 pada 2019. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI