PONTIAN – Seorang lelaki ditahan selepas disyaki menjual dan memiliki pelbagai jenis mercun dalam serbuan yang dijalankan di Jalan Parit Ibrahim di sini malam semalam.
Ketua Polis Daerah Pontian Superintendan Mohamad Shofee Tayib berkata, suspek berusia 36 tahun itu ditahan dalam serbuan pada pukul 10 malam dan pemeriksaan yang dilakukan telah menjumpai dua kotak bunga api, satu kotak mercun dan satu pek mercun bola yang bernilai kira-kira RM100.
“Tangkapan dibuat berdasarkan maklumat awam di mana suspek dipercayai menawarkan jualan mercun secara online..
“Siasatan awal mendapati suspek mengaku ada menawarkan jualan mercun secara online menggunakan aplikasi Facebook,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Tambah Mohammad Shofee, suspek kini ditahan reman bagi siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Letupan 1957.-K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929