fbpx

KPDNHEP pastikan pengunjung, pemilik premis patuhi SOP dine-in

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan memastikan semua prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi pengunjung dan pengusaha premis yang mendapat kebenaran ‘dine-in’ bermula hari ini di negeri-negeri Fasa 2 dan 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Menteri, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pihak kementerian menyeru kepada semua komuniti pengguna dan peniaga untuk sama-sama bekerjasama memastikan kepatuhan tinggi terhadap semua SOP biarpun kelonggaran diberikan kepada negeri berkenaan.

“Hal ini demi kesihatan dan keselamatan rakyat, ekonomi rakyat dan kelangsungan perniagaan dan kesejahteraan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, kemudahan dan fleksibiliti yang diberikan dalam pengumuman tersebut kepada rakyat yang telah lengkap divaksinasi tentunya dapat merancakkan pelbagai ekonomi domestik ke arah pembukaan lebih banyak sektor ekonomi dan sosial secara berperingkat tidak lama lagi.

Justeru katanya, KPDNHEP dengan kerjasama dengan Jawatankuasa  Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) dalam melaksanakan Program Vaksinasi Industri Peruncitan (RiVAC) akan memperluas program itu ke negeri-negeri seperti Pulau Pinang dan Johor.

“Program ini akan diperluas tidak lama lagi berdasarkan pendaftaran yang diterima.

“Di Lembah Klang, sejak 26 Julai lalu dan sehingga kini sejumlah 29,105 pekerja industri ini telah menerima vaksin dalam program berkenaan,” katanya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI